Blog Kang One

Catatan Sederhana untuk Berbagi

Apa yah dosa kita terhadap suami ?

Mulut ???
Hati ???
Tingkah laku yg tidak menyenangkan ???
Mata ???

Sudah dapatkah kita ridho Allah melalui perantara ridha suami..???

Silahkan renungkan.

UNTUK WANITA

oleh : Daie Cyber

1. Pertama urusan yang ditanyakan pada hari akhirat nanti ialah mengenai
solat dan mengenai urusan suaminya (apakah ia menjalankan kewajibannya atau
tidak).

2. Apabila lari wanita dari rumah suaminya tidak diterima solatnya sehingga
kembali ia dan menghulurkan tangannya kepada suaminya (meminta ampun).

3. Mana-mana perempuan yang memakai bau-bauan kemudian ia keluar melintasi
kaum lelaki ajnabi agar mereka tercium bau harumnya maka dia adalah
perempuan zina dan tiap-tiap mata yang memandang itu adalah zina.

4. Sebaik-baik wanita ialah tinggal di rumah, tidak keluar kecuali atas
urusan yang mustahak. Wanita yang keluar rumah akan dipesonakan oleh iblis.
Sabna Nabi s.a.w. : Perempuan itu aurat, maka apabila ia keluar mendongak
syaitan memandang akan dia.

5. Haram bagi wanita melihat lelaki sebagaimana lelaki haram melihat
wanitayang halal nikah kecuali dalam urusan menuntut ilmu dan berjual beli).

6. Diriwayatkan bahawa pada suatu hari ketika Rasulullah s.a.w. bersama
isteri-isterinya (Ummu Salamah r.ha. dan Maimunah r.ha.), datang seorang
sahabat yang buta matanya (Ibnu Maktum) Rasulullah s.a.w. menyuruh
isteri-isterinya masuk ke dalam. Bertanya Ummu Salamah, "Bukankah orang
itutidak dapat melihat kami, Ya Rasulullah ?" Rasulullah s.a.w.
menjawab,"Bukankah kamu dapat melihatnya."

7. Perempuan yang melabuhkan pakaian dalam keadaan berhias (bukan untuk
suami dan mahramnya) adalah seumpama gelap-gelita pada hari Qiamat tiada Nur

baginya.

8. Mana-mana wanita yang bermasam muka menyebabkan tersinggung suaminya,maka

wanita itu dimurkai Allah sehingga ia bermanis muka dan tersenyum mesra pada

suaminya.

9. Tidak boleh seorang isteri mengerjakan puasa sunat kalau suaminya ada
dirumah serta tidak seizinnya dan tidak boleh memasukkan seseorang lelaki ke

rumahnya dengan tidak seizin suaminya.

10. Hendaklah isteri berpuas hati (redha) dengan suaminya yang telah
dijodohkan oleh Allah, samada miskin atau kaya.

11. Perempuan tidak berhak keluar dari rumahnya melainkan jika terpaksa
(kerana sesuatu urusan yang mustahak) dan ia juga tidak berhak melalui jalan

lalu lalang melainkan ditepi-tepinya.

12. Apabila memanggil lelaki akan isterinya ke tempat tidur tetapi
ditolaknya hingga marahlah suaminya, akan tidurlah wanita itu dalam laknat
oleh malaikat ke pagi.

13. Wanita-wanita yang menggunakan lidahnya untuk menyakiti hati suaminya,ia

akan mendapat laknat dan kemurkaan Allah, laknat malaikat juga laknat
manusia sekalian.

14. Tidak harus seseorang manusia sujud kepada manusia dan jika
diharuskan,maka akan aku perintahkan semua kaum wanita sujud pada suaminya
kerana membesarkan dan memuliakan hak-hak suami mereka.

15. Wanita yang menyakiti hati suaminya dengan lidahnya pada hari Qiamat
nanti Allah jadikan lidahnya sepanjang 70 hasta kemudian diikat kebelakang
tengkoknya.

16. "Aku lihat api neraka, tidak pernah aku lihat seperti hari ini, kerana
ada pemandangan yang dahsyat di dalamnya. Telah aku saksikan kebanyakkan
ahli neraka ialah wanita." Rasulullah s.a.w. ditanyai, "Mengapa demikian Ya
Rasulullah?" Jawab Rasulullah s.a.w. "Wanita mengkufurkan suaminya dan
mengkufurkan ehsannya. Jika engkau berbuat baik kepadanya seberapa banyak
pun dia masih belum rasa berpuas hati dan cukup."

17. "Kebanyakkan ahli neraka adalah terdiri dari kaum wanita." Maka
menangislah mereka dan bertanya salah seorang daripada mereka, "Mengapa
terjadi demikian, adakah kerana mereka berzina atau membunuh anak atau kafir

?" Jawab Nabi s.a.w. "Tidak, mereka ini ialah mereka yang tidak bersyukur
akan nikmat suaminya, sesungguhnya tiap-tiap seorang kamu adalah dalam
nikmat suaminya."

18. Keadaan wanita 10 kali ganda seorang lelaki di dalam neraka dan 2 kali
ganda seorang lelaki di dalam syurga.

19. "Kebanyakkan wanita itu adalah isi neraka dan kayu api." Hazrat Aishah
bertanya, "Mengapa wahai Rasulullah s.a.w.?" Jawab Rasulullah s.a.w. :

i. Kerana kebanyakan perempuan itu tidak sabar dalam menghadapi kesusahan,
kesakitan dan cubaan seperti kesakitan melahirkan anak, mendidik anak-anak
dan melayani suami serta melakukan kerja-kerja rumah.

ii. Tiada memuji (bersyukur) di atas kemurahan Allah yang didatangkan
melalui suaminya. (Jarang terdapat orang perempuan yang mahu mengucapkan
terima kasih di atas pemberian suaminya.)

iii Sering mengkufurkan (engkar) terhadap nikmat Allah. (Contohnya :Apabila
berlaku sesuatu pertengkaran ada isteri yang berkata sudah 10 tahun kahwin
dengan awak tidak ada apa-apapun.)

iv Gemar bercakap perkara yang sia-sia yang berdosa. (Contohnya :bercakap
mengenai perabot-perabot rumah yang tidak perlu dan mengumpat.)

v Kurang akal dan kurang ilmu pengetahuannya dalam agama iaitu mereka sering

tertipu atau terpengaruh dengan pujuk rayu lelaki, rakan- rakan, alam
sekeliling dan suasana serta kemewahan lahiriah.

20. Dari Ali bin Abi Talib r.a. : Aku dengar Rasulullah s.a.w. bersabda,

" Tiga golongan dari umatku akan mengisi nereka jahanam selama 7 kali umur
dunia. Mereka itu adalah :-

a. Orang yang gemuk tapi kurus
b. Orang yang berpakaian tetapi telanjang
c. Orang yang alim tapi jahil

* Adapun yang gemuk tapi kurus itu ialah wanita yang sihat tubuh badannya
tetapi kurang ibadat.

* Orang yang berpakaian tetapi telanjang ialah wanita yang cukup pakaiannya
tetapi tidak taat agama.

* Orang yang alim tapi jahil ialah ulamak yang menghalalkan yang haram
kerana kepentingan peribadi.

21. Asma' binti Kharizah Fazari r.ha. diriwayatkan telah berkata kepada
puterinya pada hari perkahwinan anaknya itu, "Wahai anakku, kini engkau akan

keluar dari sarang di mana engkau dibesarkan. Engkau akan berpindah ke
sebuah rumah dan hamparan yang belum engkau kenali. Itulah suami mu. Jadilah

engkau tanah bagi suami mu (taat perintahnya) dan ia akan menjadi langit
bagi mu (tempat bernaung). Jadilah engkau sebagai lantai supaya ia dapat
menjadi tiangnya. Jangan engkau bebani dia dengan berbagai kesukaran kerana
itu akan memungkinkan ia meninggalkan mu. Kalau ia mendekatimu,dekatilah ia
dan jika ia menjauhi mu maka jauhilah ia dengan baik. Peliharalah
benar-benar suami mu itu akan hidungnya, pendengarannya, matanya dan
lain-lain. Janganlah pula ia mendengar melainkan yang enak dan janganlah ia
melihat melainkan yang indah sahaja pada dirimu.

22. Pesanan Luqman kepada anaknya, "Sepanjang hidupku, aku hanya memilih 8
kalimah dari pusaka para Nabi yang lalu iaitu :-

a. Apabila engkau sedang solat kepada Allah s.w.t. maka jagalah baik- baik
fikiran mu.
b. Apabila engkau berada di rumah orang lain, maka jagailah pandangan mu.
c. Apabila engkau berada di tengah-tengah majlis maka jagalah lidah mu.
d. Apabila engkau hadir dalam jamuan makan maka jagalah perangai mu.
e. Ingat kepada Allah s.w.t.
f. Lupakan budi baik mu pada orang lain.
g. Lupakan semua kesalahan orang lain terhadapmu.
h. Ingat kepada mati

23. Perkara-perkara yang menjadikan wanita itu derhaka kepada suaminya
seperti tersebut di dalam kitab Muhimmah :-

a. Menghalang suami dari bersuka-suka dengan dirinya samada untuk jimak atau

menyentuh mana-mana bahagian tubuhnya.
b. Keluar rumah tanpa izin suami samada ketika suami ada di rumah atau pun
tidak.
c. Keluar rumah kerana belajar ilmu yang bukan ilmu Fardhu Ain. Dibolehkan
keluar untuk belajar ilmu Fardhu Ain jika suaminya tidak mampu mengajar.
d. Enggan berpindah (berhijrah) bersama suaminya.
e. Mengunci pintu, tidak membenarkan suami masuk ke rumah ketika suami ingin

masuk.
f. Bermasam muka ketika berhadapan dengan suami.
g. Minta talak.
h. Berpaling atau membelakangi suami ketika bercakap.
i. Menyakiti hati suami samada dengan perkataan atau perbuatan.
j. Meninggalkan tempat tidur tanpa izin.
k. Membenarkan orang lain masuk ke dalam rumah sedangkan ia tidak disukai
oleh suaminya.

24. Wajib bagi wanita :-

a. Mengekalkan malu pada suaminya.
b. Merendahkan (menundukkan) mata ketika berpandangan.
c. Mengikut kata-kata dan suruhannya.
d. Dengar dan diam ketika suami berkata-kata.
e. Berdiri menyambut kedatangannya.
f. Berdiri menghantar pemergiannya.
g. Hadir bersamanya ketika masuk tidur.
h. Memakai bau-bauan yang harum untuk suaminya.
i. Membersihkan dan menghilangkan bau mulut untuk suaminya.
j. Berhias ketika hadirnya dan tinggalkan hiasan ketika tiadanya.
k. Tiada khianat ketika tiada suaminya.
l. Memuliakan keluarga suaminya.
m. Memandang pemberian suaminya yang kecil sebagai besar dan berharga.
n. Ketahuilah, syurga dan neraka bagi seorang wanita itu bergantung pada
redha atau tidaknya suami padanya.

Ada 6 pesanan untuk kaum wanita dapat diamalkan di dalam kehidupan seharian
untuk hidupkan suasana Iman dan Amal di dalam rumahtangga. Apabila ada
suasana agama dalam kehidupan maka hidayat dan nusrah (pertolongan) dari
Allah akan datang. Rumahtangga dirahmati Allah, keberkatan dalam kehidupan
kita dan ketenangan dalam jiwa kita. 6 pesanan itu adalah amalan nurani.

Amalan itu ialah :-

1. Solat di awal waktu dan galakkan kaum lelaki yang mahram bersolat
ditempat di mana azan dilaungkan iaitu di masjid atau di surau.

2. Istiqamah membaca Al-Quran dan berzikir. - Hak Al-Quran hendaklahkhatam2X

setahun. Jadi lapangkan tiap-tiap hari untuk membacanya. Disamping
ituhendaklah kita mengingati Allah dalam apa keadaan kita sekalipun dan
dimana kita berada. Dengan melihat setiap ciptaan Allah kita dapatmengingati

Allah s.w.t. Maka dianjurkan supaya dapat kita melapangkan waktu pagi (lepas

subuh) dan petang hari (lepas Asar) untuk mewiridkan kalimah-kalimah tasbih,

tahmid, tahlil dan takbir ie "Subhanallah Walhamdulillah Wala ilaha illallah

Wallahu Akbar" jika mampu boleh di sambung "Wa la
hawlawalaquwataillabillahi'aliyil'azim" 100X. Selawat ke atas Nabi 100X dan
beristighfar 100X. Selain daripada itu amalkanlah doa-doa masnun - doa yang
diucapkan ketika melakukan sesuatu perbuatan ie masa hendak makan,
tidur,masuk dan keluar tandas dsb.

3. Istiqamah menghidupkan Takleem dan Taklum (belajar dan mengajar ilmu
agama). - Lapangkanlah masa yang sesuai walau seketika supaya semua ahli
keluarga dapat menghidupkan majlis ilmu ini. Duduklah seperti duduknya kita
di dalam solat ie menutup aurat, berkeadaan suci dan berbau wangi. Majlis
mempelajari agama ini terbahagi kepada dua iaitu : Pertama - Majlis
berkenaan hadis-hadis mengenai kelebihan beramal. Ini adalah untuk
menimbulkan keghairahan dalam ahli keluarga untuk beramal. Kedua - Majlis
berkenaan masalah-masalah agama (hukum- ahkam dalam ibadat). Wajib suami
untuk mengajar anak dan isteri mengenainya. Jika tidak tahu wajib
atasnyauntuk belajar.

4. Mendidik anak secara agama dan sunnah.

5. Hidup sederhana.

6. Menggalakkan suami / mahram yang lelaki untuk usaha atas agama dakwah
illallah (mengembangkan agama). - Secara Baironi : di luar kampung halaman
kita dan Maqami : Di dalam qariah kampung halaman kita.

Akhir sekali semoga kita sama-sama dapat mengamalkan 6 pesanan ini dalam
rumahtangga kita secara istiqamah dan ikhlas setiap hari. Juga untuk jadi
isteri yang beriman dan solehah hendaklah kita taat pada suami. Jika suami
redha ke atas kita maka Allah s.w.t. akan redha ke atas kita. Berzikir
,berdoa, beristighfar, membaca Al-Quran dan berselawat adalah amalan-amalan
utama yang harus dikekalkan oleh setiap umat islam untuk kesempurnaan Iman
dan Islamnya. Semuanya itu menjadi penawar bagi hati dan jiwa yang rusuhdan
resah gelisah.

Abdullah Al Ayyubi
Labels: laki-laki, mesra, wanita gadis

Thanks for reading Apa yah dosa kita terhadap suami ?. Please share...!

Back To Top